expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, January 19, 2014

Hilangnya madu limau


Inikah limau madu? Rupa parasnya tidak seindah nama. Rasanya pun tak sehebat yang disangka. Saya beli limau ni di pasar malam dengan harga RM 5 sekilo. Saja nak rasa limau ni pula...asyik makan limau mandarin jer kan...Tapi kan...saya cukup tak puas hati. Tengoklah sendiri limau yang saya dapat tu...layak dibuang saja, tak patut dijual.



Memang limau madu ada yang jenis kulit berkarat, tapi yang ni dah lembik macam dah lama. Masa nak beli tadi saya sentuh ok jer...nampak segar, tapi balik rumah separuh daripada limau yang dibeli...rupanya...lebam  macam dalam gambar ni..Rasanya ada yang masam dan ada yang dah buruk..


Silap saya juga tak pilih sendiri...tapi penjual tu pun satu hal juga, dah tahu limau yang dijualnya tak elok, tak payah jual la.. atau beritahu pembeli kualiti sebenar limau tu. Ini tidak... senyap-senyap jer campur yang elok dengan yang layak dibuang.


Kalau macam ni baik saya beli limau mandarin jer..nak raya Cina ni banyak limau tu kat kedai. Satu kotak baru RM 13 untuk saiz M. Mahal sikit takpe asalkan puas hati. Macamanalah nak galakkan orang beli buah-buahan tempatan kalau kualitinya lebih teruk berbanding buah-buahan yang diimport.

4 comments:

  1. sampai hati diorg jual limau camtu..

    ReplyDelete
  2. Tapi limau mandarin tu kdg2 boleh buat batuk2 klu makan byk...

    ReplyDelete
  3. saya pun pernah kena KM. saya mengidam makan buah salak. tapi bila beli balik rumah bila makan kelat semacam.

    Kesian saya, balik rumah terus makan kat tangga sebab tak sabar nak bawak masuk rumah...tapi kecewa...

    Yang hairan masa rasa di gerai elok berlemak manisnya...

    sampai hati kan?

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.