expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, January 3, 2014

Nasi ayam RM 4.50

Sumber : Kosmo 3.1.13

Sumber: Kosmo 3.1.13

Mula-mula tu terkejut juga baca muka depan Kosmo pagi tadi pasal kenaikan harga makanan di kantin sekolah. Tapi setelah difikir-fikirkan dari banyak aspek, macam logik juga kalau harga tu naik.Maklumlah semua benda nak naik harga kan...peniaga pun ada sebab juga tu naikkan harga. Bagi kita yang terpaksa membeli dengan harga tersebut memang bertambahlah beban kewangan setiap bulan.

Cuma kalau untuk pelajar kat sekolah, pihak kantin sepatutnya ubahsuai menu atau makanan tu supaya mampu dibeli oleh kebanyakan pelajar. Kalau nasi ayam dah RM 4.50 sepinggan, agaknya berapalah wang saku harian yang terpaksa dibawa oleh pelajar. Kalau seorang anak, boleh tahan lagi. Kalau ada 4, 5 orang anak, boleh stres juga ni. Sesuatu perlu dilakukan agar jangan sampai ada pelajar yang terpaksa ikat perut kerana tak mampu membeli makanan di kantin.

6 comments:

  1. Kesian pelajar sekarang. Nak belajar pun susah. Kalau makanan takda khasiat, macam mana minda nak terbuka.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  2. betul la tu...makanan berkhasiat ni pula mahal harga...huhu..

    ReplyDelete
  3. Uii..kat sek ltk harga tu bole pengsan mak bpk.x sesuai harga tu kt sek.mhkin boleh kurangkn ckit kuantitinya bole letak murah ckit harganya kn.

    ReplyDelete
  4. Uii..kat sek ltk harga tu bole pengsan mak bpk.x sesuai harga tu kt sek.mhkin boleh kurangkn ckit kuantitinya bole letak murah ckit harganya kn.

    ReplyDelete
  5. mak aaiihh.. mahalnya kalau jual 4.50 kat kantin sekolah..

    ReplyDelete
  6. astaghfirullahal'azim.
    gila ah. T_T

    kesiannya adik2 hm.
    Teringat pulak dulu umi cerita bihun, nasi lemak 10sen hehe

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.