Thursday, January 16, 2014

Rak daripada rain gutter


Kalau sudah kreatif, macam-macam boleh jadi. Selain menjimatkan, ia juga boleh direka mengikut citarasa sendiri. Bagi pemilik asal rekaan ini yang hanya dikenali sebagai Sarah, idea menghasilkan rak serbaguna untuk bilik anak-anaknya memang dirancang rapi dari segi material yang digunakan mahupun kos.



Rak daripada bekas takungan hujan ini nampak ekslusif dengan warna putih, sesuai untuk diletakkan buku mahupun majalah untuk ruang tertentu dalam rumah mahupun mana-mana sudut yang sesuai dalam kelas, pejabat dan sebagaimya.


Ukurannya boleh disesuaikan dengan citarasa masing-masing dan kesesuaian ruang.


Bilik anak-anak nampak kemas dan cantik apabila rak serbaguna itu 
diguna semaksima yang boleh untuk meletakkan buku dan permainan anak-anak.


Terima kasih atas perkongsian ini. Kepada yang berminat, bolehlah ke kedai hardware 
untuk membeli rain gutter untuk dijadikan rak serbaguna.
Selamat mendekorasi ruang masing-masing.

2 comments:

fatin wawa said...

cantik! :D

Siara Elina said...

simple dan sangat kemas =) jarang jumpa yg macam nie