expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, January 14, 2014

Saudi Arabia dan Bahrain


Saya jarang tengok pageviews blog ni...Tapi hari ni rasa nak tengok pula...Untuk minggu bermula 7.1.14 hingga 14.1.14 setakat 4 petang tadi,...itulah statistiknya. Alamak terkejutnya...Lebih 9 ribu pageviews dari Saudi Arabia, diikuti Bahrain lebih 7000. Kedua-dua negara tersebut mengatasi pageviews dari Malaysia. Ehhh siapa pula yang tengok blog saya ni dari kedua-dua negara tu?



Yang ni pula statistik sistem operasi bagi pageviews tadi...Memang sekarang ramai yang guna Android yer, 65 peratus tu satu angka yang besar juga. Diikuti iPhone sebanyak 21 peratus. Entri yang paling banyak diikuti ialah pasal ular ni...[KLIK SINI] Tak sangka pula ramai yang tengok entri tu. Semalam sahaja pageviews untuk entri tu sebanyak 16 ribu.Huhu...macam tak percaya saja untuk blog saya yang tak seberapa ni.

Apapun terima kasih kepada semua yang berkunjung ke blog saya ini. Sokongan dan respons positif daripada pembaca memberi perangsang kepada saya untuk terus berblog. Terima kasih semua..

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.