Gambar ni banyak tersebar dalam group whatsApp. Saya tak tahu sumber dari mana, apapun nak berkongsi juga di sini pasal apa yang kita lihat dalam gambar tu.
Sesuatu yang mungkin tak dijangka boleh berlaku kepada sesiapa atau di mana sahaja. Bayangkan semasa nak buang air dalam mangkuk tandas macam kat atas tu kita ternampak kepala ular...huhu...ada yang lari lintang-pukang rasanya. Itu kalau nampaklah...Kalau tak nampak...terus duduk..oh tidak...
Itulah yang dikatakan malang tak berbau kan! sama-samalah kita berdoa agar kita semua dijauhkan daripada perkara sedemikian. Ular pun makhluk juga kan...cuma kehadirannya tidak disenangi atau memang digeruni oleh manusia. Adakah ular itu bertindak sedemikian kerana habitatnya diganggu oleh manusia?
Biarlah gambar yang bercerita.....Kalau berhadapan dengan perkara macam ni...jangan panik. Terus hubungi pihak berkenaan seperti bomba. Mereka ada kepakaran menangkap ular. Jangan tangkap sendiri yer..bahaya. Elok lari selamatkan diri dulu.hehe...
huhu seramnya cikgu
ReplyDeleteseram je..kena tgk dulu lubang tu sblum membuang,,
ReplyDeleteeeeeeeeeeeeeeeee adoi seramlah pulak ><
ReplyDelete