Sunday, January 12, 2014

Balut buku sekolah



Dua hari tak update blog rasa macam lama sangat..Kalau cuti sekolah dulu boleh update sampai 3 entri sehari, sekarang ni satu entri sehari pun macam tak sempat..hehe...Kononnya sibuk sangatlah tu..Malam ni nak update satu perkara...haaa tengok gambar tu, mesti ada yang ingatkan saya tengah menghafal Rukun Negara..mmm bolehlah juga sambil-sambil kan...Sebenarnya saya buat projek ni...



Projek membalut buku-buku aktiviti sekolah anak. Eh...macam takde kerja lain ker?Jangan kata takde kerja laaa..Dah ada anak ni, siapa lagi nak buat tu semua kalau bukan kita kan. Anak pun baru Tahun 3, mana tahu buat tu semua. Aktiviti membalut buku sekolah ni bukan senang juga...kalau tak pro...4 buah buku tu siap dalam masa sejam.huhu...Sebelum tu kena buat sticker nama dulu untuk ditampal pada buku tu. Sambil balut buku tu kena layan juga si kecil Sadiq ni yang duk menyibuk nak main gunting .




Tadaaa... dah siap balut 4 buah buku untuk malam ni. Ada banyak lagi tapi macam dah tak larat .Sambung esoklah pula.Kepada ibu-ibu atau bapa-bapa tengok-tengoklah buku aktiviti mahupun buku teks sekolah anak tu.Kot-kot ada yang belum berbalut..elok dibalut yer.Bukan apa...buku tu pun dah free...takkan nak balut pun berkira kan...



3 comments:

Akeyla Azmi said...

huhhu malasnya nak balut heheheh

Siara Elina said...

saya ......... mak yang balut buku teks .. nampak sangat kemas. haha teruknya ><

Sukma Haron said...

eh...anak kita sama jugak tahun 3....lelaki....saya beli pembalut yang dah siap jer kat mydin...kalau tang plastik tu leceh ler..teringat masa zaman sekolah balut begitu....
beli dah siap jer....hihi