Thursday, January 9, 2014

Seronok 'berkongsi' isteri

Sinar Harian online 8.1.14
Satu lagi kerja gila dalam kalangan masyarakat zaman  sekarang, sanggup berkongsi isteri. Seorang isteri sepatutnya dijaga dan dilindungi oleh suami, tapi sebaliknya pula berlaku. Kejadian ini seolah-olah mempergunakan isteri sendiri. Apa agaknya motif tindakan suami tersebut ?
Usia suami dan isteri yang masih muda mungkin salah satu penyebab ketidakfahaman konsep perkahwinan yang sebenar. Ingat kahwin tu untuk berseronok saja..Tambahan pula, kalau dikaitkan dengan faktor keagamaan, kita mungkin mengatakan mereka kurang didikan atau pengetahuan agama.

Perkembangan pesat dunia internet yang dibantu dengan gajet seperti telefon pintar juga memungkinkan remaja menyalahgunakannya. Sekarang ni mudah saja untuk merakam apa saja gambar atau aksi, kemudian dimuat naik dalam laman sesawang seperti youtube, FB,twitter,whatsapp dan sebagainya. Saya cukup bimbang dengan perkembangan teknologi yang disalahgunakan ini akan membawa keruntuhan moral dalam kalangan anak muda. Sesuatu perlu dilakukan!

4 comments:

Sop Nama Saya said...

ini mcm pun ada.. iks iks

Norhasniza Khalid said...

errrmm.. dunia... pelik pelik..

Mime MF said...

emmm kesian wife dia..aduhai..manusia mkin pelik..-,-

Siara Elina said...

menakutkan ~ mintak dijauhkan, amin