expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, February 23, 2014

Pasar Siti Khadijah berwajah baru


Cantik tak? Nampak macam ceria jer kan... Cuba teka kat mana ni? Bagi yang belum pernah sampai ke Kota Bharu, gambar kat atas tu adalah pemandangan dalam pasar Siti Khadijah yang terletak di bandar Kota Bharu. Sebelum ni dinding tu dicat dengan warna hijau...sekarang ditukar kepada warna yang lebih ceria... supaya peniaga dan pengunjung akan lebih ceria membeli belah di sini.



Ini di bahagian luar pasar. Ada banyak pintu untuk masuk ke dalam pasar. Saya selalu gunakan pintu ini sejak dahulu lagi. Cat kat luar bagunan pasar juga kelihatan menarik untuk menggamit kedatangan pengunjung.



Kalau yang biasa ke sini, tentu perasan ada bangunan 
tambahan kat luar pasar ni  yang bercat kuning tu.



Bagunan sebelah kanan dalam gambar kat atas adalah tandas Sejahtera,di luar pasar Siti Khadijah. Tandas berbayar ini besarlah juga untuk kemudahan pengunjung  di bandar Kota Bharu. Ok.. itu saja untuk kali ini. Kalau berkesempatan suatu hari nanti, saya akan buat entri pasal apa yang ada dalam pasar Siti Khadijah ini. Selamat berkunjung ke pasar Siti Khadijah Kota Bharu.

2 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.