Saturday, February 22, 2014

Vespa masih diminati


Vespa...motosikal yang popular sekitar tahun 40an sampailah zaman P Ramlee. Jarang kita lihat vespa sekarang ni. Bagaimanapun entri kali ini berjaya menjejaki seorang anak muda yang mempunyai minat terhadap vespa. "Bermula dengan minat sejak dibangku sekolah lagi, kini sudah menjadi hobi sepenuh masa, dan kini saya sudah boleh membaiki vespa sendiri" ujar bakal pendidik ini.



Anak muda yang saya maksudkan ini ialah saudara Akmal, sedang menuntut di sebuah IPG dan bakal bergelar pendidik tak lama lagi. Beliau pernah memiliki 5 buah vespa yang kini sudahpun dijual kepada peminat vespa , dan hasil daripada hobi ini, Akmal kini memiliki vespa PS150cc keluaran tahun 1980 untuk kegunaan sendiri.



Inilah Akmal,anak muda yang mempunyai hobi terhadap vespa, 


Gambar-gambar berikut adalah koleksi Akmal
untuk tatapan semua.





Semoga hobinya ini akan membawa pendapatan sampingan. Lebih penting lagi, agar vespa tidak hilang dari persada tanah air biarpun sekarang ini pelbagai model motosikal ada di pasaran. Hobi anak muda seperti Akmal inilah yang akan memastikan vespa terus diminati dan menjadi trend semula dalam masyarakat kita.

1 comment:

Shaiful Zaidi said...

Antiknya motor2 Vespa tu..