Friday, March 21, 2014

Nur Elyaa Zahra, 11A SPM


Tahniah kepada Nur Elyaa Zahra bt Mohd Sabry, salah seorang pelajar terbaik SPM 2013 SMKA Melor yang mendapat 11A, dengan 9A+ dan 2A. Pelajar yang bercita-cita menyambung pelajaran dalam bidang perubatan ini memang terserlah kehebatannya dalam kurikulum dan kokurikulum sejak tingkatan 4 lagi.



Keputusan SPM 2013 yang cemerlang diharapkan dapat merealisasikan cita-cita Elyaa Zahra sebagai doktor suatu hari nanti. Ikuti coretan rasa, luahan hati Elyaa Zahra buat tatapan semua....

Assalamualaikum w.b.t ~ 

Seminggu sebelum menjelang hari yang bersejarah buat semua student batch 96’ ,, iaitu pada 20 Mac 2014, jantungku sudah mula berdegup dengan semakin kencang ..begitu juga dengan yang lain.. Segala teka-teki yang bermain di fikiran akan terjawab pada hari itu. Sejujurnya…saya memang tak boleh nk ‘expect’ dapat berape sbb masa exam hari tu,,soalan SPM mmg agak mencabar and a bit tricky …ditambah dgn elemen2 ‘HOTS’, yg memaksa sy n rakan2 utk ‘brainstorming’ dlm dewan Al-Ghazali tu..Seperti yg kwn2 sy katakan, batch 96’ dijadikan ‘bahan ujikaji’ kerana kami adalah first batch yg terpaksa menjawab soalan SPM yg diselitkan dgn elemen2 ‘KEBAT’ @ ‘HOTS’.. Tapi,sy hanya berserah kpd Allah, kerana berjaya atau tidak,itu semua urusan Allah

~ Alhamdulillah, setelah cikgu mengumumkan ‘Elyaa(me)’ n rakan sekelasku, ‘Ilya’….sebagai tokoh SPM 2013,,sy rasa cukup bersyukur dan gembira walaupun tak berjaya nk capai target sekolah meraih 11A+ …Mungkin rezeki sy setakat tu jer n semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz… Sy percaya yg Allah itu adalah sebaik-baik perancang..jadi, kita kena terima segala keputusanNya dgn ikhlas dan redha~~ Apa2 pun, jangan terlalu berbangga dengan keputusan SPM sbb perjalanan masih jauh…SPM’s result is just a ticket to pursue your study to a higher level…it is not the ending… 

Saya akui,bukan mudah untuk sy mencapai kecemerlangan ini tanpa sokongan dan dorongan semua pihak.. Seinfiniti terima kasih sy ucapkan kepada kedua ibu bapa ,family saya… semua guru2 yang mengajar di SMKAM…tidak kiralah yg pernah mengajar sy ataupun tidak, rakan2 sekelas(5IS), kwn2 yg satu form dgn sy, n semua warga “semekam”….tanpa sokongan dan kata2 semangat drpd kalian semua, tidak mungkin sy mampu mencapai keputusan yg cemerlang ini…

Kalau ada rezeki dan diberi kesempatan,, saya berhajat untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan sbb sy mmg betul2 berminat untuk menjadi seorang doktor … atas alasan yg tersendiri. Salah satunya kerana subjek Biologi mmg menjadi ‘fev’ saya…

Buat junior2 SMKAM,sy ada sedikit pesanan utk anda semua,especially yg bakal menempuh SPM pada tahun ini,, belajarlah rajin2,,buat yg sehabis baik kerana dgn usaha yg kita buat serta pertolongan drpd Allah, insyaAllah kejayaan menjadi milik kita semua… dan jangan suka bertangguh dalam pekerjaan ..seperti ape yg Mudir Ahmad katakan dulu,, “Penantian Itu Suatu Penyiksaan” ….sy masih mengingati ayat2 itu sehingga sekarang kerana ia memberi makna yg amat mendalam buat diri sy… Yakin dan percaya dgn kebolehan diri mmg penting utk berjaya … (‘Don’t confuse your path with your destination..just because it’s stormy now doesn’t meant that you’re not headed 4 sunshine~’) ..Gagal sekali bukan gagal selama2 nya….Dan kadang2,, kalau kita rasa mcm tak yakin dgn apa yg kita telah usahakan,,jgn berhenti berdoa…tak semestinya yg kita rasa kita tak boleh tu sebenarnya tak boleh ! Sebab sy amat yakin doa yang ikhlas itu boleh mengubah takdir..percaya yg Allah boleh ubah segalanya dgn sekelip mata…yg penting,,kepercayaan kita pada Allah mmg kena betul2 kuat n sempurna… 

Akhir kata ,,setakat ini dahulu yg mampu sy coretkan…dan insyaAllah kalau ada masa terluang nanti,sy dan rakan2 akan mengunjungi ke SMKAM lagi.... Sekian~~


Semoga kejayaan Elyaa ini akan menjadi pendorong kepada pelajar yang akan menduduki SPM 2014 ini. Cabaran untuk anda adalah untuk mendapat 11A+... Saya doakan Elyaa akan terus berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi kelak. Tahniah....

2 comments:

Akeyla Azmi said...

ya allah subhanallah!!! :D
tahniah!!!!!!!!!!!!!!!!!!! <3333

Sop Nama Saya said...

tahniah
berkat doa dan usaha :)

Ping.busuk.org