Wednesday, April 9, 2014

Faten & Amin 2014


Siapa sangka perkenalan sejak di bangku sekolah telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Itulah yang dikatakan... kalau sudah jodoh takkan ke mana. Pasangan pengantin Amin dan Faten Liyana, juga merupakan rakan sekelas suatu waktu dahulu. Kedua-dua mereka adalah bekas pelajar saya juga. Masa sekolah dulu, tak nampak pula mereka ni sedang bercinta. hehe.....



Majlis akad nikah telahpun berlangsung pada 28 Mac yang lalu, dan majlis kenduri sebelah pengantin perempuan akan berlangsung pada 31 Mei ini. Faten Liyana adalah pelajar jurusan perubatan yang baru saja menamatkan pengajian di Universiti Tanta, Egypt. Manakala Amin juga graduan perubatan dari USIM yang sedang bertugas di hospital Tawau, Sabah. Sebagai bekas guru, saya cukup berbangga dengan kejayaan mereka berdua. Semoga menjadi doktor yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.




Selamat pengantin baru dan selamat berbahagia
buat Faten Liyana dan Amin 
daripada 
blog Kembaraminda7.com


1 comment:

D.Shahril Hakime said...

tahniah le pada anak murid cikgu..... acikgu mesti sengih sorang2 tengok deme berdua bersanding kan????