expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, April 10, 2014

Kunci Kejayaan SPM


Kunci utama untuk berjaya ialah jangan tinggalkan solat, dan jangan menjadi anak-anak yang bermasalah dengan ibu bapa. Itu adalah antara kata-kata pakar motivasi tersohor di Kelantan iaitu Tn Hj Nik Mohamad bin Nik Lib. Pesanan itu disampaikan semasa ceramah Motivasi Keibubapaan di SMKA Melor petang tadi.



Bagi pelajar yang ingin berjaya, mestilah sentiasa ingatkan Allah, mendapat restu ibu bapa, restu guru, menjaga solat, membaca Al Quran dan menguruskan masa dengan baik. Penceramah turut memberi contoh-contoh kejayaan pelajar dalam SPM yang bertitik-tolak daripada perkara-perkara tersebut.


Calon SPM 2014 berikrar akan menjaga sahsiah diri,
berbuat baik kepada ibu bapa dan guru,
serta berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan.


Sebak....suasana sedih apabila anak-anak berpelukan dan mencium ibu bapa masing-masing sebagai tanda penghargaan dan kasih-sayang. Ramai yang tidak dapat menahan air mata kesedihan.

Antara peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa untuk menjadikan anak-anak cemerlang menurut penceramah ialah ibu bapa perlu mengambil tanggungjawab.


Antaranya, ibu bapa perlu cakna kepada segala perkara yang berkaitan dengan anak-anak, khususnya aspek kasih-sayang dalam keluarga. Sungguh bertuah hidup dalam keluarga yang bahagia. Saya tertarik dengan kata-kata beliau "anak tak seronok dengan ibu bapa yang serius". Contoh yang diberikan ialah, ibu bapa yang tidak mahu melayan pertanyaan anak-anak atas dasar sibuk dengan tugas atau kerja. Hal ini menjadikan anak-anak memendam rasa.


Menurutnya lagi, ibu bapa juga perlu menitikberatkan amalan kerohanian seperti mendisiplinkan solat 5 waktu kepada anak-anak sejak kecil. Memastikan makanan yang halal dan berkhasiat serta membaca Al-Quran. Penting juga, ibu bapa mesti menjadi role model kepada anak-anak. Pastikan anak-anak tidak keras hati atau degil, kerana penyakit ini adalah salah satu ciri anak-anak sukar berubah. Pelbagai perkara boleh dilakukan sebagai pelembut hati seperti membaca doa, zikir dan ayat-ayat Al Quran.



Selesai ceramah motivasi, ibu bapa diberikan slip peperiksaan ujian PKBS 1 anak masing-masing, seterusnya berjumpa dengan guru-guru mata pelajaran untuk bertanya tentang prestasi pelajaran anak-anak.



Semoga ceramah Motivasi Keibubapaan ini memberi impak berguna kepada semua pelajar dan ibu bapa. Kebanyakan ibu bapa dan pelajar yang ditemui, memberi respon positif terhadap ceramah motivasi kali ini. Jadikannya sebagai pemangkin untuk terus berusaha bagi mencapai kejayaan gemilang. 

1 comment:

  1. cikgu nik mohd nik lib... PK1 amktm(2) masa zaman sy d sana sebelum melangkah ke smka melor pada tahun 2012(ting.4)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.