Tuesday, April 8, 2014

Rumah terbalik di Sabah


Anda ingin merasai satu pengalaman berbeza? Sesuatu yang boleh mencabar kebiasaan kita? Jom...jawapannya ada di sini...di Tamparuli, Sabah. Apa yang saya maksudkan ialah perihal rumah terbalik. Entri ini adalah pengalaman rakan saya yang sempat berkunjung ke sana baru-baru ini. 



Di sini segala-galanya dalam keadaan terbalik, kecuali pengunjung.Hehe..kalau pengunjung pun terbalik, rasanya dunia pun macam terbalik. Rumah terbalik milik persendirian yang satu-satunya di Malaysia ini boleh dilawati oleh semua. Reka bentuk asal adalah sebuah rumah di Kota Belud, Sabah.Bayaran masuk yang dikenakan untuk warganegara ialah RM 10, manakala bagi warga asing pula RM 30.


Kereta pun dah terbalik....


Macamana nak guna tandas ni yer?


Pokok dalam pasu...akar ke atas dan pucuknya ke bawah.



Menurut cerita lama, kononnya ada seorang budak nakal yang suka sepahkan rumah mereka. Ibunya memberi amaran bahawa rumah tu akan terbalik jika anak mereka suka sepahkan barang. Maka jadilah sumpahan rumah terbalik.Haa...ingat tu anak-anak...jangan sepahkan rumah...kan terbalik juga rumah kita, susah pula jadinya.

Untuk maklumat lanjut, dan merasai sendiri pengalaman berada dalam rumah terbalik, jom berkunjung ke Tamparuli, Sabah. Terima kasih kepada puan Ratna dan suami yang sudi berkongsi gambar dan cerita pasal rumah terbalik.

2 comments:

Akeyla Azmi said...

uish.
jangan sepahkan bilik janji dah lepas ni hehehehe

D.Shahril Hakime said...

yang pelik tu le orang nak datang tengok.....