expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Sunday, April 13, 2014

Selamat tinggal guruku


Ucapan perpisahan sememangnya menyentuh perasaan. Tiga orang warga pendidik SMKAM telah berpindah tempat kerja serentak pada akhir Mac lalu. Satu majlis jasamu dikenang telah diadakan di dewan sekolah pagi tadi dalam suasana sayu. Maklumlah ketiga-tiga mereka sudah lama berkhidmat di SMKAM, dan seolah-olah nama SMKAM itu sudah sebati dengan jiwa masing-masing.



Teacher Norhafiza sudah sudah hampir 13 tahun mengajar di SMKAM. Guru bahasa Inggeris ini sangat aktif sebagai guru penasihat pasukan taekwondo dan bola jaring. Pasukan taekwondo sekolah sudah banyak menempa nama di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa. Beliau sekarang bertugas di SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu.


Puan Hjh Zaharah, sangat sinonim dengan ustazah bahasa Arab. Ustazah bersemangat kental ini telah berkhidmat di SMKAM selama 6 tahun. Sangat berpengalaman mengajar bahasa Arab peringkat PMR mahupun SPM. Beliau kini ditugaskan di SMKA Falahiah.


Puan Masnom, sangat mesra dengan pelajar. Guru kemahiran Hidup ini sudah menabur bakti di SMKAM selama 14 tahun. Beliau juga antara warden asrama yang paling lama. Sungguh menyentuh perasaan alunan syair oleh puan Masnom semasa menyampaikan ucapan dalam majlis tadi. Sekarang beliau ditugaskan ke SMKA Wataniah, Machang.


Penyampaian cenderahati kepada guru-guru tersebut
daripada pelbagai pihak sebagai kenang-kenangan.



Majlis diserikan lagi dengan persembahan nasyid
oleh kumpulan Shoutul Haq


Banyak air mata yang tumpah tadi....



Selamat berpisah....
dan selamat menabur bakti di sekolah baru.
Semoga terus cemerlang demi agama, bangsa dan negara.

1 comment:

  1. Salam.....
    erm...sedih sedih juga..
    tapi sekarang kan ada laman sosial dan segalam macam untuk berhubung...walau tiada di situ still boleh tahu perkembangan semasa dan info-info terkinikan..
    Inilah masanya untuk kita manfaatkan sepenuhnya kemajuan yang ada...
    hehehhehehe...

    Lawatan pagi TiranaAduka...
    Tak mo sedey sedey la....senyum sikit....

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.