expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 10, 2014

Reunion SMK Kubang Kerian 1


Sudah lebih 25 tahun kami terpisah. Akhirnya satu pertemuan telah diatur untuk mengumpul semula bekas pelajar SPM 1989 SMK Kubang Kerian (sekarang dikenali dengan SMK Kubang Kerian 1). Pertemuan bersejarah ini diadakan di Chalet Sri Telong, Melawi, Bachok pada 8 Jun 2014. Reunion ini berjaya mengumpulkan 14 orang rakan sekelas, bersama keluarga masing-masing.



Dalam entri ini saya akan abadikan nama rakan-rakan yang sempat hadir dalam perjumpaan kali ini. Mereka adalah Adam (selaku pengarah projek), Ridhuan, Amri, Khairul Basri, Azhan, Apiah, Rozita, Mazira, Afifah, Raja Asiah, Nik Murni, Haslina, Nur Aida dan saya sendiri.. Sebenarnya pada bulan April lepas, satu mini gathering juga telah diadakan [KLIK SINI]. Bagaimanapun kehadiran untuk reunion kali kedua ini lebih ramai berbanding kali pertama dahulu.


Memandangkan masing-masing ada komitmen tersendiri, jadi kehadiran rakan-rakan ke perjumpaan ini sangatlah dialu-alukan dan dihargai. Oh ya, menu kami petang tu adalah daging kambing, ayam, ikan, dan sotong yang dibakar bersma-sama di tepi pantai. Terima kasih kepada yang sponsor! selain itu ada juga menu istimewa yang dibawa oleh keluarga masing-masing.


Seronoknya bertemu rakan lama...
Rasa macam zaman persekolahan pula..hehe..











Semoga perjumpaan kali ini akan mengeratkan lagi hubungan kita semua, dan dapat mengenali keluarga masing-masing. Sesungguhnya pertemuan ini sangat bermakna setelah sekian lama kita terpisah. Kepada classmate yang tak dapat turut serta kali ini, panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi dalam siri pertemuan seterusnya. Terima kasih semua!

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.