expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, July 3, 2014

Cendul untuk berbuka


Setiap kali menjelang Ramadan, cendol akan jadi antara menu utama berbuka. Saya memang suka makan cendol ni... boleh disediakan dalam pelbagai cara mengikut citarasa sendiri. Kalau saya...cukuplah cendol dimakan bersama sirap bandung sebagai kuahnya. Boleh ditambah dengan nekbat dan buah kabung. Jangan lupa...masukkan ketulan ais supaya terasa kesejukannya.



Kalau ke bazar Ramadan di Pasir Tumbuh, saya akan beli cendol daripada makcik dalam gambar ni. Dah lama makcik ni menjual cendul di sana. Harga satu bungkus plastik tu RM 2 sahaja. Kalau nak beli RM 1 pun boleh juga. Harga tu kiranya sangat murahlah...Selamat mencuba cendul yang sedap untuk berbuka....

1 comment:

  1. Wah! cendol... teringat zaman dolo2 makan cendol berbuka puasa

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.