expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, September 27, 2014

Tahniah 4 IS 2014


Wajah-wajah ceria pelajar 4IS..Tahniah kepada kumpulan ini kerana menjuarai kuiz peribahasa yang diadakan dalam kelas tadi. Persaingan sengit dengan kumpulan lain tidak menggugat kumpulan kedua ini untuk muncul sebagai johan. Cepat dan tepat dalam menjawab soalan peribahasa memberi gambaran ahli kumpulan ini mempunyai pengetahuan yang luas dalam peribahasa.



Kumpulan pertama daripada enam kumpulan ini pula mendapat tempat kedua dalam pertandingan kuiz tadi. Tahniah kepada semua ahli kumpulan yang memberi kerjasama untuk memastikan kemenangan kumpulan ini.

Tahniah juga kepada semua kumpulan yang mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz peribahasa kerana menunjukkan daya saing yang sihat. Biarpun pertandingan ini tidak menjanjikan sebarang hadiah, namun semua pelajar mengambil bahagian dengan bersemangat.

Semoga semua pelajar tingkatan 4 IS akan mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan akhir tahun nanti. Juga kejayaan cemerlang dalam SPM 2015.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.