expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 15, 2014

Beli kain pun secara online?


Beli kain untuk puan isteri? ya... tak salahkan? Bukan pergi beli kat kedai pun, tapi beli secara online. Hari ini dua pasang kain yang dibeli secara online dah sampai. Cantik tak? mestilah cantik kan...hehe.. Mulanya tengok-tengok iklan kat fb pasal jualan kain secara online. Tengok harga yang ditawarkan, macam murah jer kalau nak dibandingkan dengan harga yang dijual oleh sesetengah orang. Kain dua pasang cuma RM 120, tambah pos RM 10. Kalau beli kat pasaran dengan seseorang, ada yang jual kain tu RM 130 sepasang. ish..ish ...Nampak tak...beli secara online tu kadang-kadang murah juga!



Ini bukan kali pertama saya membeli secara online. Cuma sebelum ni beli benda lain, bukannya kain. Nak puji juga penjual ni, cepat betul urusan penghantaran. Dalam masa 3 hari selepas tempahan dan pembayaran dibuat, kain tu dah selamat sampai. Macam ni tak payah bersusah payah pergi cari kedai kain. Tambahan pula asyik sibuk dengan kerja, tak sempat nak keluar membeli belah.


Bagus juga kalau ada bisnes kain secara online ini menyediakan juga perkhidmatan tempahan baju secara online. Haha... Kita cuma terima baju yang siap untuk dipakai. Risiko tu memang ada... tapi itu tak mustahil untuk menjadi kenyataan kan? Pasal kedai mana saya beli secara online ini, tak payah lah cerita kat sini. Memang banyak pun yang buat bisnes ini. Buka jer FB..boleh pilih sendiri.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.