expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, November 20, 2014

Sekolah mula bercuti



Sekolah dah mula cuti....masa untuk merehatkan minda seketika bagi yang bergelar pelajar. Bagi guru, masa inilah digunakan untuk menanda kertas peperiksaan akhir tahun, juga menyiapkan tugasan tertentu yang belum beres. Hari terakhir kat sekolah tadi....banyak kelas mengadakan jamuan akhir tahun. Salah satunya...kelas 4IS. Terima kasihlah kerana menjemput saya ke jamuan akhir tahun kelas anda.



Macam-macam menu ada.....dengan menu utamanya nasi ayam. Saya pasti jamuan ini akan menjadi kenangan buat semua pelajar 4IS kerana mungkin ada dalam kalangan pelajar ini yang tidak akan bersama dalam kelas 5 IS tahun depan. Waaa..jangan ada yang menangis pula baca ayat tu...Semoga keputusan peperiksaan akhir tahun baru-baru ini, semua dapat keputusan cemerlang dan semua akan kekal dalam kelas 5IS.


Sedap...


Saya ucapkan selamat bercuti, dan jangan lupa...siapkan kerja rumah untuk musim cuti yang dibekalkan. Semoga kita berjumpa lagi tahun 2015 nanti untuk kecemerlangan dalam SPM. Anda semua terbaik, dan menjadi sandaran sekolah untuk terus menjana kecemerlangan pada tahun 2015.

4 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.