Monday, February 23, 2015

Hidangan menarik untuk anak-anak


Anak-anak tak mahu bawa bekal ke sekolah? Mungkin ada caranya untuk menarik minat mereka membawa bekal ke sekolah. Gambar kat atas tu mungkin satu caranya....Sediakan bekal yang boleh menarik perhatian anak-anak, dari aspek dekorasi yang diminati mereka. Cuma perlukan kreativiti ibu-ibu atau mungkin bapa?hehe...Sempat ker tidak, terpulang kepada kita. Kalau dah minat dan suka menyediakannya, soal masa bukan lagi alasannya. Dekorasi makanan atau dikenali sebagai bento ini juga sesuai untuk menarik minat anak-anak makan kat rumah.

Entri yang saya paparkan ini adalah bento yang disediakan oleh Puan Izan dari Kuching, Sarawak untuk anak-anaknya. Nampak cantik dan menarik dekorasinya. Bekas pelajar saya (yang bersekolah di Miri,Sarawak) ini memang sering meluangkan masa menyediakan bekal untuk anak-anaknya, meskipun dia sendiri berkerjaya dan kesuntukan masa. Jom tengok hasilnya....

















Inilah keluarga bahagia...Izan, suami dan anak-anaknya.
Semoga perkongsian entri ini memberi idea kepada pembaca
untuk mempelbagaikan hidangan untuk anak-anak tersayang.

1 comment:

Mona Lea said...

takde link untuk blog atau facebook dia ke. suka tengok bento2 yang sgt kreatif yang dia buat