expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, March 28, 2015

Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015


Karnival Pendidikan Tinggi Negara 2015 sedang berlangsung di RTC Kota Bharu Kelantan. Karnival kali ke-11 ini diadakan pada 28 dan 29 Mac 2015. Dibuka pada jam 9 pagi hingga 6 petang sahaja, dan masuk adalah percuma. Saya sempat ke sana petang tadi, dan saya rasa karnival ini sangat bermanfaat kepada pelajar, khususnya calon SPM dan STPM. Ibu bapa juga tidak terkecuali untuk sama-sama mendapatkan info tentang pusat pengajian tinggi untuk anak-anak mereka.



Banyak universiti awam dan swasta, selain kolej-kolej terkenal menunggu anda untuk memberikan maklumat berguna tentang kursus-kursus yang ditawarkan dan syarat-syarat kemasukan ke program-program yang ditawarkan. 



Macam-macam cenderahati diberikan kepada pengunjung


Apa tunggu lagi...Bagi anda yang berada di Kelantan, khususnya Kota Bharu jangan lepaskan peluang keemasan ini. Karnival ini memberi peluang kepada semua untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini mengenai peluang pengajian tinggi di Malaysia. Tahniah atas penganjuran karrnival yang berguna ini.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.