Friday, March 27, 2015

Beli minyak enjin dapat free gift


Kepada pengumpul barangan free gift, ini satu lagi barangan yang comel dan ekslusif. Set cawan dan piring 6 biji pemberian Petronas. Nak dapat benda ni kenalah beli minyak enjin SYN800 yer. Saya dapat free gift ni pun masa servis kereta baru-baru ni. Harga minyak enjin SYN800 ni RM 118. Tak tahu la pula free gift ni sama ada semua dapat atau edisi terhad. Macam payung petronas hari tu...penat jer saya kumpul cop tapi tak dapat walaupun satu payung.



Kalau nak guna terus cawan ni pun boleh..Tapi saya simpan jer sebab cawan yang sedia ada ni pun tak habis guna lagi...haha..macamlah banyak sangat set cawan kat rumah yer! Apapun terima kasihlah kat Petronas sabab beri free gift ni. Terima kasih juga kat pusat servis kereta yang beri set cawan ni kepada saya. Kalau pusat servis tu tak bagi pun, bukannya saya tahu ada free gift ni. Bagi yang nak kumpul koleksi ni, bolehlah tanya pusat servis berdekatan atau stesen-stesen Petronas yang menjual minyak enjin Petronas.

2 comments:

Bunda a.k.a KN said...

Salam ukhuwah dari BUNDA...
Tahniah dapat free gift..

JR said...

Saya selalu taruh minyak di Petronas. Free gift belum pernah dapat tapi pernah dapat hadiah saguhati yang cukup untuk makan KFC sekeluarga dua kali, hehehehe...