expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Thursday, March 26, 2015

Menang kalah adat pertandingan


Berakhir sudah satu perjuangan...Pasukan kami bukan kalah, cuma tak menang jer. Biasalah adat perlawanan, ada kalah ada menang. Paling penting, semangat kesukanan perlu ada. Sebagai guru penasihat pasukan bola tampar sekolah, saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan 18L kerana telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang latihan dan perlawanan. Biarpun banyak kekangan terpaksa dihadapi sepanjang menjalani latihan, kita telah cuba sedaya upaya. 



Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan untuk menyertai perlawanan ini. Latihan setiap petang di bawah panas mentari menyebabkan ramai yang sudah bertukar warna kulit. Hehe..Nasib baik masih kenal... Semangat berpasukan tu patut dipuji. Jersi untuk pasukan ini pun dibeli sendiri oleh pelajar. Bukan tak ada jersi sekolah, cuma untuk sedikit kelainan tahun ini mereka beli sendiri. Habis perlawanan, boleh disimpan sebagai kenangan.....



Dah habis pertandingan, lepas ni bolehlah tidur lena....rehat dulu setelah berpenat-lelah.
Terima kasih semua!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.