expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, March 4, 2015

Kereta kena langgar


Malang tak berbau...Kalau dah tersurat nak kena langgar hari ni maka terjadilah...huhu... Kalau kita berhati-hati pandu kereta, belum tentu orang lain pun berhati-hati juga. Inilah terjadi kepada saya petang tadi. Belakang kereta saya telah dilanggar oleh motosikal. Masa melalui jalan kat kampung untuk pulang ke rumah, ada sebuah motor mengekori kereta saya. Lama jugalah...dia ikut, tak mahu memotong lah tu..kalau nak potong boleh saja sebab saya pun bawa perlahan jer.

Nak masuk simpang ke rumah, saya bagi signal belok kiri dari jauh lagi supaya motor tu boleh memotong. Tiba-tiba...dushhhh! dilanggarnya bumper belakang kereta. Masa tu saya tak belok kiri lagi...terus bergerak ke depan melepasi simpang yang nak masuk tadi. Bayangkan kalau saya terus masuk atau berhenti...lagi teruk kereta...huhu...


Pemuda yang melanggar tu terjatuh dari motor dan luka juga di lengannya. Macamana ni....saya berhenti kereta dan berjumpa dengannya...Dia kata saya bawa kereta perlahan...Memang lah perlahan sebab nak masuk simpang...yang kau dengan lajunya melanggar kereta saya tu kenapa? Mesti kes sedang mengalamun masa bawa motor. Pastu tak sempat nak brek...

Agaknya siapa yang bersalah ni? apa yang patut saya buat?...Pemuda tu orang sekampung, cuma kami tak pernah berkomunikasi.Nama dan rumahnya pun saya tak kenal.hehe..Tadi pun dia terus balik sebab nak bersihkan luka. Kalau ikutkan geram dan marah...nak jer minta ganti rugi...Banyak juga calar pada bumper tu..Biarlah dulu...malas nak fikir sebab banyak hal lain yang nak dibereskan sekarang ni.


2 comments:

  1. Syukurlah tuan.. xcident xteruk. Dugaan dr Allah syg kita. Mudah kn n maafkan lah. Moga Allah maafkn kita n permidahkn urusan dunia akhirat

    ReplyDelete
  2. perkara dah nak jadi kan
    bw perlahan pun kena
    bw laju lagi lah
    nasib xda yg teruk :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.