Friday, May 8, 2015

Muzium Burung Hantu


Siapa sangka burung hantu yang menjadi ketakutan kanak-kanak ini telah menjadi koleksi istimewa di muzium ini. The Owl Museum di Bukit Bendera, Pulau Pinang menghimpunkan barangan seni dan kraf berasaskan burung hantu. Pada mulanya saya ingatkan ada burung-burung hantu hidup kat sini, rupa-rupanya semua replika dan kraf. Nama lagi muzium...bukannya zoo.hehe...Bayaran masuk RM 12 untuk dewasa. Pelajar sekolah RM 6. Kanak-kanak (tak pasti pula had umur) boleh masuk percuma. Jom tengok sebahagian koleksi gambar yang saya rakam..



Comel betul burung hantu ni



Yang pegang burung hantu tu anak saya yer...bukan burung hantu..haha...



Banyak koleksi yang cantik dipandang..jangan pegang yer...



Selain replika, ada juga sedikit info pasal spesis burung hantu.
Masa kami pergi hari tu, kesuntukan masa, tak sempat nak baca-baca...



Jadi kepada yang meminati burung hantu, jangan lepaskan peluang
berkunjung ke muzium ini apabila anda ke Bukit Bendera, Pulau Pinang.