expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, May 19, 2015

Pocong muncul semasa hari guru di SMKAM


Ada pocong semasa sambutan hari guru? Haha....pocong hidup ni berkeliaran semasa sambutan hari guru semalam di SMKAM. Jangan takut...pocong ni muncul dalam salah satu acara menghias pocong dalam kalangan guru-guru mengikut kreativiti kumpulan dalam jangka masa yang ditetapkan. Berani lah tu pegang-pegang pocong. Kalau pocong tu benar-benar muncul depan mata...haha...ada yang akan lari tak cukup tanah....



Meriah betul sambutan hari guru anjuran PERTIMA 15..Meriah lagi ada banyak kek....letih nak makan. Hehe...Terima kasih kepada pihak yang 'sponsor' kek-kek ini. Oh yer...yang kuning tu pulut kuning sempena hari guru...makan dengan rendang.



Macam-macam acara sukaneka. 
Tahniah kepada pasukan saya kerana JOHAN sukaneka kali ni.



Tema tahun ni....Frozen..
Walaupun cuaca kat luar dewan panas...tapi hiasan salji dalam dewan
menyejukkan mata.



Kumpulan guru perempuan menyanyikan lagu HERO
mendapat tepukan yang gemuruh...bukan senang nak tengok 
guru-guru ni 'menyumbangkan' lagu.hehe..



Terima kasih ALUMNI 2006
atas bingkisan cenderamata untuk sekolah dan guru-guru
sempena hari guru tahun ini.



Persembahan dikir barat yang hebat...
Tahniah kepada kumpulan dikir barat PERTIMA 15  SMKAM




Sekian....
Jumpa lagi tahun depan..
Selamat hari guru.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.