Tuesday, May 19, 2015

Jus Eppis yang sedap


Jus Eppis? bukan main glamer lagi nama..haha...Gabungan epal dan pisang maka jadilah Eppis. Nama yang saya bagi sendiri kepada minuman yang dibuat sendiri (opss...puan isteri yang buat ni!). Macam mana dapat idea nak buat ni? Buah pisang tu adalah buah pisang sulung yang saya tanam.Huhu...terharunya...pokok pisang yang ditanam sudah berbuah dan masak..Buahnya masak serentak, maka diproses jadi jus Eppis setelah dicampur dengan epal hijau. Hmmm buah epal tu tanam kat kedai.



Inilah buah pisang tu. Buahnya kecil jer..lupa pula nama spesies pisang ni.



Kalau masih ingat, saya pernah siarkan pasal pokok pisang yang ditanam sudahpun berbuah dalam satu entri blog ini dulu. Petang tadi sempat tengok sekeliling pokok ni ada anak-anak pokok pisang yang baru. Harap-harap lepas ni pokok-pokok pisang ni akan mengeluarkan buah lagi. Seronok kan berbudi pada tanah dapat juga merasa hasilnya.

Lepas ni kita buat jus pisang campur mempelam pula. Nanti bagilah nama apa-apa pun sesuka hati. Yang penting, jus tu dibuat daripada buah-buah yang segar dari ladang. Cubalah yer!


1 comment:

Athirah Diyana said...

hehe..eppis namanya ye..hihi