expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, June 1, 2015

Air bocong: tarikan terbaru


Macam-macam cara nak tarik pelanggan. Sebelum ni kita biasa tengok atau makan aiskrim kelapa, aiskrim pasu dan sebagainya. Sekarang saya terjumpa satu lagi tarikan terbaru, bukan aiskrim tapi air biasa yang dijual bersama bekas air yang besar. Kami panggil air bocong. Di kelantan, bocong tu merujuk kepada bekas air. Air bocong ni dijual dengan harga RM6 satu bekas. Bocong comel tu boleh dibawa balik....oh idea ni nampak kreatif juga yer.



Macam-macam perisa boleh pilih sendiri. Strawberi, cokelat, dan segala jenis perisa serbuk.



Satu bocong tu diisi penuh dengan ais, kemudian dituangkan segelas air yang dibancuh tu. Senang jer kan. Kelainan air bocong ni terletak kepada penggunaan bocong.



Pelbagai pilihan warna bocong yang boleh dipilih. Saya pasti idea ini menjadi tarikan yang tersendiri. Bocong tu boleh diguna banyak kali, balik rumah buat air sendiri. Ais dalam bocong ni lambat cair yer...sesuai juga untuk dibawa ke mana-mana. Anak-anak mesti suka dapat minum dalam bekas air yang besar tu.

Saya tak pasti ada kedai khas atau tidak yang menjual air ini, cuma kami beli di gerai biasa semasa berkunjung ke Tumpat, Kelantan baru-baru ini. Hmmm cubalah sendiri!


7 comments:

  1. dia tiru style thai punya..cuma thai dalm plastik..:)

    ReplyDelete
  2. Trbaikk.... X jumpa lgi minumn mcm tu

    ReplyDelete
  3. Hihihih..menarik juga air ni..Ore Kelate panggil Bocong..Orang negeri lain panggil ape ya???

    ReplyDelete
  4. kena gi cari nih...rasanya x de lg di tempat abe kie benda ni..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Kreatif idea ni, kat Seremban belum pernah jumpa lagi.
    Tapi memang biasa guna perkataan bocong tu hiks!

    ReplyDelete
  6. mana nk dpt yea bocong ne ..sy berminat nk borong lepas nk jual sbb rata2 jual RM6 ..tp ada juga sy tgk og jual smpi rm15

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.