Monday, June 15, 2015

Biarkan aku terbang bebas


Apa yang akan anda lakukan apabila terjumpa seekor burung cantik macam ni? Kisahnya semasa sedang potong rumput di halaman rumah, muncul seekor burung kuning, baru belajar terbang. Nasib baik tak terkena mata mesin rumput tu. Jadi saya pun ambil lah bawa ke rumah. Anak-anak apa lagi, sukalah mereka dapat pegang-pegang burung. Nampak jinak jer burung ni.



Seharianlah mereka bermain dengan burung. Siap bagi makan nasi lagi tu. Hehe...
Agaknya apa yang kami lakukan dengan burung ni?

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Pada mulanya anak-anak saya nak bela saja burung tu. Tapi saya nasihatkan mereka supaya lepaskan kembali burung tersebut.  Sedih juga mereka nak lepaskan semula burung yang jinak ni. Setelah dijelaskan burung juga inginkan kebebasan, dan mungkin ibu burung tersebut sedang mencari anaknya, maka mereka setuju untuk melepaskan burung ni. Kami tempatkan burung kuning ini di atas pokok di depan rumah. Terbang bebaslah wahai burung! Semoga burung ni selamat dan datanglah lagi bermain-main di halaman rumah kami nanti.

1 comment:

Shaiful Zaidi said...

Burung punai kut..
Salam Ramadan