expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, June 30, 2015

Kura-kura telentang, anai-anai makan kayu

Ainun Kalisah [4IK]

Bulan puasa ni ramai yang suka telentang jer...hehe..Peribahasa kali ini ialah seperti kura-kura telentang. Cantik kura-kura hijau tu telentang...nampak macam senyum jer. Maksud peribahasa seperti kura-kura telentang ialah orang sakit yang terbaring dengan tiada berdaya. Oh sungguh kesian....sakit tak boleh bangun la ni. Kalau setakat tidur telentang tu kira ok lagi....tapi kalau sakit terbaring dan tak berdaya ni memang seperti kura-kura telentang.


Nur Afiqah [4IK]

Kalau tadi pasal kura-kura, sekarang kita tengok anai-anai pula. Peribahasanya seperti anai-anai makan kayu. Bermaksud mengerjakan sesuatu dengan tekun dan rajin. Sikap ini patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Apabila melakukan sesuatu kerja itu, biarlah dengan tekun dan rajin. Nanti kerja akan beres dengan sempurna dan bos pun sayang...haha...

Pelajar juga boleh amalkan peribahasa anai-anai ni...belajar mesti tekun dan rajin, barulah cemerlang dalam peperiksaan. Kelak akan disayangi ibu bapa, guru-guru dan masyarakat. Sekian dulu peribahasa untuk kali ini. Jumpa lagi.

1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.