Tuesday, August 11, 2015

Alim-alim Kucing

Nur Auni Syazalien bt Adlan 4 IS

Ada juga kucing yang alim. Hmmm..cuba tengok kucing anda kat rumah tu..tentu ada yang nampak alim.Hehe...Peribahasa kali ini, Alim-alim Kucing yang membawa maksud seorang yang berpura-pura baik. Situasi ini kita pernah jumpa kan! Kat depan kita punyalah baik, tapi di belakang kita....hmmmm perangai sangat teruk.
Kenapa agaknya seseorang tu berpura-pura baik? Susah sangatkah untuk betul-betul berkelakuan baik? Saya rasa lebih elok terus jadi orang yang baik daripada sekadar berpura-pura baik. Tak rugi jadi orang yang baik ni....

Segelintir masyarakat kita memang ada yang alim-alim kucing semata-mata untuk mencapai sesuatu tujuan peribadi. Dah dapat apa yang dihajati, hilanglah kealimannya tu! Justeru, jangan mudah terpedaya dengan penampilan seseorang yang nampak baik pada kaca mata kita, terutama bagi orang yang baru dikenali. Berwaspadalah selalu.


1 comment:

Rahman Yasin said...

Kucing disayangi walaupun tak menberi banyak faedah kepada manusia. Sedangkan kerbau yang berjasa membajak sawah dipukul dan tidak dibelai seperti kucing. Begitulah resam hidup, yang ikhlas berkhidmat diabaikan. Si pengampu dan bermuka-muka disanjung.