Wednesday, August 12, 2015

Mentaliti sampah orang kita


Cuba perhatikan gambar di atas. Situasi yang biasa kita lihat di mana-mana sahaja di negara kita. Secara peribadi, saya memang benci tengok bekas makanan atau minuman yang dibiarkan atau ditinggalkan merata-rata tempat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kalau guna bahasa kasar...tak ada otak ker,lepas makan tak tahu nak buang bekas tu ke dalam tong sampah? nanti ada yang marah....Tapi itulah hakikatnya orang kita.


Mereka bertindak sedemikian seolah-olah ada pihak lain yang baik hati nak kemaskan bekas minuman mahupun makanan mereka. Terdapat juga sesetengah individu tanpa rasa bersalah melempar bekas bungkusan makanan dan minuman keluar dari kenderaan mereka. Kalau kena kat muka atau kenderaan kita macamana?

Berbalik kepada gambar di atas, bukannya tidak disediakan tong sampah di sekitar tempat tersebut, ada....banyak lagi.... Tapi itulah sikap orang kita yang suka lepas tangan. Kalau boleh....,makan pun nak suruh orang suapkan.

Saya teringatkan satu kisah semasa saya makan kat sebuah restoran makanan segera. Ada satu pasangan "mat salleh" ni...umur dalam lingkungan 50an. Selepas makan, mereka kemaskan tempat makan mereka dengan membuang sisa makanan ke dalam tong sampah. Bekas makanan juga diangkat dan dikemaskan sendiri. Bersih meja tu seperti kita mula-mula masuk restoran tu. Kalau orang kita, usahkan nak kemas meja, sisa makanan pun bertaburan....harapkan pekerja restoran kemaskan.

Macamanalah nak terapkan budaya kebersihan ni....Kat rumah tu, ibu bapa bolehlah tekankan aspek kebersihan ni kepada anak-anak. Di sekolah, cikgu-cikgu selalu sebut pasal kebersihan. Tapi ada juga yang buang sampah di merata-rata tempat. Agaknya......hukuman atau denda yang berat patut dikenakan kepada mereka yang tidak menjaga kebersihan ini.

No comments: