Thursday, August 20, 2015

Bagai Bulan dipagari Bintang

Nur Atikah 5 IH

Beruntunglah orang yang cantik...sering mendapat perhatian orang ramai. Cantik ni sering dikaitkan dengan wanita. Lelaki....jangan pula nak guna perkataan cantik yer! Gadis yang cantik apabila dikelilingi gadis yang cantik juga boleh diumpamakan bagai bulan dipagari bintang. Wah....bayangkan model-model yang cantik di hadapan anda...


'Ainaa Najihah 4 IS

Bercerita pasal cantik ni, ramai yang ingin kelihatan cantik. Mereka yang dilahirkan cantik, bersyukurlah atas kurniaan tuhan. Bagi yang tak berapa nak cantik....jangan pula rasa rendah diri. Kecantikan bukan saja diukur pada raut wajah. Orang yang cantik dari sudut peribadi, dan tingkah laku sememangnya lebih diberi perhatian oleh kebanyakan orang. Kecantikan wajah tak akan kekal lama...

Kecantikan juga bersifat subjektif. Cantik di mata orang belum tentu cantik di mata kita. Justeru, jangan menilai kecantikan seseorang itu dari luaran sahaja. Selami juga budi pekerti mereka. Kalau ditanya kepada kebanyakan lelaki, ramai yang inginkan teman wanita yang cantik. Hmmm...kalau macam ni kesian juga kepada wanita yang tak berapa nak cantik...Kalau muka jer cantik tapi perangai tak elok, tak bagus juga kan! Baik pilih yang kurang cantik tapi baik perangai. Dapat pakej lengkap...bertuahlah badan.

Ada pendapat mengatakan wanita yang cantik biasanya akan bertemu pasangan yang kurang hensem. Betul ker?Hehe....




No comments: