Saturday, August 22, 2015

Kenapa perlu tukar header blog?



Tukar header lagi? yer la kan....dah bosan dengan header lama, kita tukar yang baru pula. Bukan susah pun nak buat yang baru tu....sambil menonton tv jer pun. Harap pengunjung blog ini  sukalah yer. Hehe...tak suka pun kena sukalah sebab tuan blog dah tukar pun header lama. Mungkin ada yang tak perasan kot perubahan tu. Bagi yang biasa berkunjung ke blog KM7 ni, anda mesti perasan....

Kenapa mesti tukar header blog yang baru? Jawapannya senang saja, supaya pemilik blog dan pengunjung tak bosan asyik tengok header yang sama jer dalam beberapa tahun. Tapi kan....jangan selalu tukar header sampai 3-4 kali dalam sebulan. Pening tengok..hehe...

Ada blogger yang jarang atau tak pernah tukar langsung header blog. Sayang dengan header asal yang menjadi identiti blog. Kalau tukar kepada yang baru, hilang pula nilai sentimental blog tu! Masing-masing punya pandangan lah kan. Saya sendiri dulu pun macam tu juga. 

Sekarang ni nak tukar header blog boleh buat sendiri jer. Handphone kan canggih-canggih dengan pelbagai aplikasi. Kalau setakat  nak buat header blog yang simple macam yang saya buat tu...senang jer. Boleh buat sendiri ,tak payah upah orang buatkan. 

Satu lagi sebab perlu header baru ialah supaya blog kita sentiasa segar. Ada blogger yang menukar header mengikut musim...contohnya setiap kali raya mesti tukar header baru...wah! macam tukar langsir raya kat rumah pula. Tak lama lagi nak sambut ulang tahun kemerdekaan negara...Hmmm bolehlah tukar header baru yang nampak patriotik pula kan!

Apapun yang kita buat untuk blog....semuanya sebagai tanda sayang kepada blog sendiri dan dunia blogger. Selamat berblog kepada semua...Terima kasih atas kesudian mengunjungi dan membaca blog KM7 ini.


1 comment:

Ana_Impian said...

suka bertandang ke blog cikgu..