expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, August 28, 2015

Petempatan Kelantan di bukit Ajyad, Mecca



Menjejaki bumi Mekah (Mecca) menjadi impian bagi setiap muslim. Banyak peninggalan sejarah Islam di sana yang boleh diterokai bagi yang berkesempatan. Entri kali ini akan memaparkan salah satu tempat yang mungkin kurang diketahui oleh sesetengah orang yang berkunjung ke Mekah, iaitu puncak Bukit Ajyad.



Di atas bukit Ajyad ini telah lama menjadi kawasan petempatan orang Kelantan, Patani, Indonesia, Bangladesh dan Pakistan. Biarpun lokasinya tidak berapa jauh dari Masidil Haram, namun untuk mendaki ke puncak bukit ini agak meletihkan, terutama bagi mereka yang baru pertama kali mendakinya. 





Di atas bukit ini terdapat masjid Kelantan. Suatu ketika dahulu puncak bukit ini dijadikan tempat menuntut ilmu agama kerana ramai tokoh agama mengajar di sana. Sekarang hanya menjadi kawasan petempatan sahaja.



Sekarang masih terdapat keluarga orang Kelantan di sana biarpun tidak seramai dahulu. Apa yang hebatnya, anak-anak Kelantan kelahiran Mecca ini boleh berkomunikasi dalam bahasa Arab, bahasa Malaysia dan dialek Kelantan.




Kepada yang berkunjung ke Mekah, bolehlah singgah di bukit Ajyad ini. Terima kasih kepada saudara Khairul Che Hassan yang sudi berkongsi info dan foto. Beliau ialah bekas pelajar saya yang sedang bertugas di Arab Saudi.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.