Monday, October 12, 2015

Kadar tol naik lagi 15 Oktober

Petikan akhbar online

Wah...bikin panas lagi bagi warga kota...Kuala Lumpur. Bersedialah dengan cabaran kenaikan kadar tol...yang akan menaikkan lagi bajet bulanan anda. Saya yang tak terlibat dengan tol secara langsung ini tumpang bersimpati juga.

Kalau dilihat dari satu perspektif, mungkin kenaikan ini perlu untuk penambahbaikan perkhidmatan, juga mungkin sudah termaktub dalam syarat perjanjian. Tapi kalau ditinjau dari sudut pengguna, memang membebankan. Baru saja kenaikan harga minyak, GST dan harga barang, kini kadar tol pula.

Orang kata, mana ada harga barang dan perkhidmatan yang semakin turun,..Betul juga kan. Gaji dan elaun pun sentiasa naik. Jadi kalau dicampur tolak, darab dan bahagi....macam tak bermakna jer kenaikan gaji tersebut.

Satu segi, bagus juga kalau kenaikan tol ini boleh menggalakkan penggunaan pengangkutan awam. Tapi kalau dah ramai menggunakan pengangkutan awam, nanti bersesak-sesak pula naik bas! Apa gunanya pula kita membeli kereta kalau buat hiasan di depan rumah saja. Tak beli kereta kan....tak laku pula industri automobil negara.

Apa nak dikata....itulah cabaran dalam dunia yang semakin canggih ini. Kena kerja lebih lagi jawabnya untuk menampung kos sara hidup. Sekarang ini pun saya percaya warga kota keluar awal pagi balik lewat malam untuk mencari rezeki. Tak mustahil tahun mendatang ini keluar awal pagi dan tak balik langsung esoknya kerana sibuk mencari rezeki.

Kesian anak-anak....Mungkin ramai yang terbiar tanpa kasih-sayang ibu bapa. Seterusnya kecil-kecil lagi sudah mencari hala tuju dan keseronokan sendiri. Bimbang pula membawa kesan kepada terlibat dengan perkara yang tidak baik.

Nampaknya kesan kenaikan tol ini berantai. Entri ini sekadar pendapat saya saja...mungkin benar mungkin juga salah. Apapun...anda yang terlibat secara langsung dengan kenaikan kadar tol ini pasti ada jawapan dan penyelesaian tersendiri. Rancang dan bertindaklah dengan rasional. Tentu ada penyelesaiannya. 


1 comment:

Athirah Zain said...

OMG!!!
xdapek nak jalan2 selalu ^^