expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Wednesday, October 28, 2015

Lukisan Mural Pra Taqwa SK Kadok



Cantik...kan lukisan mural kat atas tu? Nampak ceria dan segar. Lukisan mural ini di Pra Taqwa, pra sekolah di SK Kadok, Kota Bharu, Kelantan. Pertama kali tengok pun rasa dah terpikat, apatah lagi kanak-kanak pra sekolah di sini, mesti seronok tengok dinding bangunan kelas mereka dipenuhi lukisan yang hebat.



Selain lukisan mural di dinding sekolah, terdapat juga beberapa permainan  ringkas di luar kelas. Meja dan kerusi juga ada kat luar kelas untuk belajar mahupun aktiviti luar darjah. Saya rasa dalam kelas pra sekolah ini mesti cantik juga. Maaf tak ada gambar dalam kelas kerana semasa gambar ini dirakam, sesi persekolahan telah pun tamat. Mungkin kalau berkesempatan ke sini lagi, saya akan rakamkan gambar dalam kelas pula. Itupun kalau dibenarkan.Hehe...



Rak tempat letak kasut yang berwarna biru itu pun cantik juga. Kalau macam ni barulah anak-anak pra sekolah bermotivasi dan berdisiplin untuk meletakkan kasut di rak yang disediakan. Apapun peranan lukisan mural sebegini sangat penting sebagai tarikan kepada kanak-kanak untuk menyayangi sekolah mereka. Selain menyerikan suasana, boleh juga dijadikan tempat untuk bergambar kenang-kenangan. Tahniah kepada pra Taqwa, SK Kadok.


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.