expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, October 26, 2015

Selamat Berpisah 5 IS 2015


Tinggal beberapa hari saja lagi SPM akan bermula. Maknanya sesi persekolahan dan gelaran sebagai pelajar sekolah akan berakhir buat pelajar tingkatan 5. Satu jamuan perpisahan telah diadakan oleh pelajar tingkatan 5IS 2015 buat rakan sekelas dan guru-guru yang mengajar kelas mereka. Terima kasih kerana telah menjemput saya!



Menu utama, mee kari yang sedap. kek dan pelbagai kuih muih lagi. 
Makan sampai kenyang yer.
Tahniah kerana berjaya mengadakan jamuan kelas yang bermakna ini.



Sepanjang mengajar di kelas ini pada tahun ini dan semasa mereka tingkatan 4 IS tahun lepas, banyak kenangan tercipta dan dilalui bersama. Jadikannya sebagai pengalaman dan kenangan paling indah sepanjang bergelar pelajar sekolah. Saya pasti kalian semua akan merindui alam persekolahan ini apabila  tidak lagi bergelar sebagai pelajar sekolah.



Saya doakan semua berjaya dalam SPM dan dapat meneruskan pengajian dalam bidang yang ingin diceburi. Gunakan semua ilmu yang dicurahkan oleh cikgu-cikgu ke arah kebaikan. Selamat menempuh SPM dan selamat berpisah!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.