Sunday, October 4, 2015

Taman mini di rumah



Entri ni ekslusif memaparkan taman mini kat rumah kami. Cewah....taman la sangat tu...hehe...Nak buat taman yang grand macam tak cukup bajet, maka buatlah sendiri sikit-sikit ikut apa yang terlintas di fikiran. Tak tahulah bila boleh siap sepenuhnya taman khayalan kami ni! Tapi yang bestnya, pokok lantana tu tengah berbunga cantik. Ada 6 pokok kesemuanya. 4 sedang berbunga penuh manakala 2 lagi segan pula nak berbunga kali ni. 


Tak banyak pokok kat taman mini kami ni. Kalau banyak sangat pun nampak berserabut saja. Anak-anak nak bermain pun susah...Alasan la kan...Sebenarnya selain bajet, kami juga kesuntukan masa nak menguruskan taman mini ni. Biarlah ia seadanya.




Pokok bonsai pun Alhamdulillah dah hidup dengan baik....Ada 4 pokok semuanya bonsai ni. Puan isteri sayalah yang selalu gunting daun bonsai ni...Susun atur pokok kat taman mini ni pun idea dia juga. Saya tolong tanam dan siram pokok aje...haha...


Semoga pokok-pokok ni akan terus subur. Yang berbunga tu harapnya akan terus berbungalah yer. Jangan merajuk tak nak berbunga pula kalau saya terlupa nak siram. Rumput pun nak kena jaga. Bukan kat taman mini saja, tapi bahagian hadapan dan belakang rumah.Penat juga nak potong rumput ni..sekurang-kurangnya 3 minggu sekali. 


Itu saja untuk kali ni. Terima kasih kerana sudi membaca pasal taman mini kami.


3 comments:

eita said...

best nyer ada taman sendiri...

kite pun ada jugak mini garden kerdil je..untuk bunga rose jepun je...
bile stress leh tengok bunga...relak sikit rasa kan

Athirah Zain said...

seronok kalo dpt buat taman sendiri ni...

Kakak Tiri Cinderella said...

Tuu laa. Kalau banyak sangat nanti nampak macam serabut pulak.
Semoga semuanya akan terus tumbuh subur. Boleh laa lepak lepak hilangkan stress apa semua.