Tuesday, November 17, 2015

Mini Zoo di rumah


Wah...bestnya kalau dapat buat mini zoo atau landskap taman macam ni kat rumah. Ada air mengalir, burung-burung dan rusa. Sungguh mendamaikan. Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja boleh beri makan haiwan ni dulu..Realitinya, kena tengok bajet yer. Mesti banyak juga kos diperlukan. Satu lagi kena maintain penjagaan haiwan peliharaan. Kalau tak...mati kelaparanlah jawabnya..



Satu lagi kalau dapat buat kolam ikan yang besar kat dalam atau luar rumah. Sambil berehat bolehlah tengok ikan-ikan ni berenang. Terapi minda juga tu. Tapi awas....kalau ada kucing, bahaya tu! Anak-anak kecil pun perlu sentiasa diawasi, bimbang terjun ke dalam kolam tu!



Hmmm yang ni jangan cuba bela kat rumah yer. Sangat bahaya. Cukup-cukuplah teddy bear anak-anak yang sedia ada tu. Mini zoo kat rumah ni bukan senang nak buat yer...Paling penting kena ada bajet yang banyak. Lagipun bukan semua haiwan boleh dibela kat rumah. Kena ada permit dan macam-macam lagilah. Senang cerita, kita pergi zoo sajalah. Pilih jer Zoo Negara ker, Zoo Melaka ker. Ok tak!


1 comment:

Muhammad Khudri said...

lawo kalau buat kolam macam tu.. tapi x digalakan bagi orang yang tingal dekat kawasan banjirrr... nanti sekali dgn ikan hilang time bah.. heheh