expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Tuesday, November 17, 2015

Cukai Bandar MPKB RM 529.12


Alkisahnya saya terima surat merah ni. Bahaya ni...kalau dah warna pun merah. Hehe..Tengok pada kulit depan surat tu, dah dapat agak surat pasal apa. Kena bayar cukai bandar..huhu.. Rumah dalam kampung pun kena bayar cukai juga ker..Dahlah tak disediakan tong sampah kat dalam kampung ni....Nak buang sampah kena bawa sendiri ke jalan besar.. Lampu jalan pun saya bayar sendiri kepada TNB. 

Jumlah tertunggak tu sebanyak RM 529.12. Alahai...banyak juga tu nak kena bayar. Nak bayar ker tidak ni? Tengok dalam surat tu... BAYAR SEGERA, ELAKKAN HARTA ANDA DISITA.



Hmmm saya buka website MPKB, check pasal cukai bandar ni..eh..dulu saya ingat namanya cukai pintu..betul ker? samalah kot.. Maka dapat print bil tu...samalah macam surat merah tadi. Oh ya, surat merah tu dikenali sebagai BORANG E.



Malas nak fikir banyak....Nak pergi ke kaunter MPKB tu pun saya takde masa. Maka saya buat pembayaran secara online. Senang jer nak bayar...ish..ish...lari bajet bulan ni.

Sampai ke hari ni saya masih tertanya-tanya apa keuntungan yang saya dapat apabila membayar cukai bandar ni? Satu lagi, adakah semua orang kat dalam kampung ni dikenakan cukai bandar juga ker? Macamana kalau tak mampu nak bayar? Adoi...banyak betul soalan. Siapa nak tolong jawab ni?


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.