expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 16, 2015

Berapa kali mahu bilang sayang


"Sayang...saya sayang sayang.." Adoi....punyalah romantik habis ucapan begitu. Ada orang suka bagi ucapan begitu setiap hari mahupun setiap masa. Tak kurang juga ada yang geli telinga, sampai boleh membawa rasa loya. Hehe... Masing-masing ada keinginan berbeza. Kalau boleh, bukan sekadar ucapan dengan bibir mulut, nak juga ucapan melalui sms, whatsapp, twitter dan seangkatan dengannya. Dalam ruangan facebook pun ramai juga yang tujukan ucapan sebegitu kepada yang tersayang!



Ada yang beranggapan lelaki yang sering meluahkan perkataan sayang dan cinta itu sebagai seorang yang romantik. Lagi banyak sebutan sayang kepada pasangan, lagi romantiklah yer. Tapi kan...ada juga lelaki yang pemalu...macam saya..haha...jangan haraplah nak dengar ungkapan sayang dan cinta! Teruk betul kan!

Biarpun tanpa ungkapan sayang, percayalah dalam hati tetap ada rasa sayang dan cinta. Mungkin lebih banyak dan lebih mendalam berbanding mereka yang suka melafazkannya. Setiap tindakan dan keprihatinan itu sudah cukup baginya menunjukkan rasa sayang. Cuma mungkin ada yang tidak menyedarinya. Lantas menganggapnya tidak romantik.

Lihat saja...orang yang manis berkata-kata sayang dan cinta itu...mereka boleh menyebutnya dengan mudah kepada sesiapa di hadapannya. Jadi...pasti ada yang jatuh hati dengan kata-kata romantiknya itu. Ingat...jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis.

Sesekali tu bolehlah kan mengungkapkan kata-kata sayang dan cinta. Boleh buat kejutan tu...hehe..tapi awas, kalau ada yang ada penyakit jantung, takut pengsan pula dengan kejutan tu. Lebih penting, tunjukkan rasa sayang itu dengan perbuatan mengambil berat. Kalau orang tak faham juga...tak mengapa... Mungkin suatu hari nanti apabila kita sudah tiada, baru dia perasan, siapa kita terhadapnya!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.