expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 16, 2015

Antara Tok Janggut dan Power Rangers


Kalau sebut pasal Tok Janggut, berapa ramai yang betul-betul kenal dengan pejuang kemerdekaan ini? Ada yang kenal  mungkin hanya kenal pada nama saja.  Generasi baru lebih kenal Power Rangers, Doremon, Upin Ipin dan apa lagi...saya pun tak berapa tahu. Zaman saya dulu, Superman, Batman, dan Ultraman. Ultraman pun seorang saja. Sekarang dan berapa ramai geng ultraman tu! Hehe...



Bagus langkah pihak Kementerian Pendidikan mewajibkan subjek Sejarah dalam SPM. Sekurang-kurangnya budak-budak ni ambil berat jugalah tentang tokoh Sejarah dalam negara. Selain itu ada juga pameran-pameran tentang tokoh sejarah. Sambutan mungkin tak berapa hebat jika dibandingkan pameran tentang ICT mahupun karnival jualan.



Membaca pasal sejarah tokoh pahlawan tanah air, timbul juga rasa kesedaran tentang pengorbanan mereka. Boleh bayangkan jika kita berada dalam zaman mereka. Tentu hebat ...adakah kita akan bangkit seberani mereka? Budak-budak sekarang berani juga .. tapi berani main 'game peperangan' dalam internet. Yang nak tunjuk berani di jalan raya pun tak kurang juga bilangan mereka.



Gambar sebelah kanan tu Tok Janggut  digantung.. Ish...sangat sedih..Tengoklah apa yang dilakukan oleh penjajah terhadap orang kita. Itulah balasan bagi seorang pahlawan yang memperjuangkan bangsa di tanah air sendiri. Ayuh..sama-samalah kita tunjukkan kecaknaan terhadap sumbangan pahlawan terhadap kemerdekaan negara. Terapkan dalam diri anak-anak muda rasa minat dan kecintaan terhadap Sejarah .


1 comment:

  1. betul, sedih bila kita throwback, tp dalam masa yg sama, bangga sebab dorang berani,,,

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.