expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Monday, November 16, 2015

Siapa nak makan free?


Dah makan ker belum? Kalau belum...jom nak belanja makan! Wow...kalau hari-hari dengar macam tu kan best. Tapi macam tak logik jer kan. Mana ada orang nak belanja kita makan hari-hari. Kalau ada, maknanya orang tu tak berapa betul kot. Tapi manalah tahu....dunia hari ni macam-macam boleh berlaku kan.




Emmm kalau betul ada orang nak belanja makan apa salahnya. Terima sajalah, rezeki jangan ditolak. Cuma satu nak pesan...pastikan orang yang belanja kita makan tu betul-betul ikhlas. Dengan kata lain takde maksud tersirat. Hehe...Kita pun kena faham-faham ler...takkan orang jer yang belanja kita makan. Sesekali tu giliran kita lah pula.

Pesanan ikhlas...kalau dapat makan free tu, jangan lebih-lebih pula. Kesihatan kena jaga tau! Takkan disebabkan free, segala macam nak makan. Saya memang tak suka tengok orang ambil makanan terlampau banyak dalam satu-satu masa. Kalau nak makan banyak pun...kontrol ler sikit..ambil sikit-sikit dulu..kemudian boleh tambah lagi. 

Satu lagi adegan yang tak ingin dilihat, makan dengan gelojoh seolah-olah masuk pertandingan siapa berjaya menghabiskan makanan dulu. ish...nampak tak sopan betul! Kita jangan lupa adab ketika makan seperti yang diajar oleh ibu bapa, dan guru masa kecil.

Ok, beruntunglah orang yang dapat makan free. Semoga orang yang suka belanja makan tu mendapat pahala dan dimurahkan lagi rezeki. Amin...



3 comments:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.