Sunday, November 15, 2015

Batang Kelapa juga menjadi mangsa


Alahai sopan jer 2 beradik ni makan. Makan apa tu? Nampak macam sosej jer. Dahlah pakai baju sama, berbelang-belang. Imdad dan Sadiq, anak pertama dan ketiga saya. Eh mana yang seorang lagi tu? Tak join sekali ker? mana boleh tinggal, ada juga ni....



Tu dia....mula-mula duduk-duduk jer kat batang pokok kelapa. Sekarang main panjat-panjat pula. Lucu pun ada tengok budak-budak ni panjat kelapa. Tak ke mana pun, dua tiga langkah dah jatuh. Bapanya pun memang tak pandai panjat kelapa.Hehe...Orang sekarang mana pandai panjat kelapa...kan dah ada monyet terlatih untuk petik kelapa. Teringat kat arwah ayah saya dulu, dia memang boleh panjat  pokok kelapa. Kami selalu makan kelapa muda yang dia petik sendiri. Pokok kelapa dulu tinggi-tinggi, takde lagi spesis kelapa yang rendah masa tu. Ish...ish....nostalgia sedih pula...



Meh tengok kesudahan gambar ni... Semua dah main panjat pokok kelapa.  Suka hati kau la nak...asal jangan jatuh sudah. Kalau dibuat pertandingan memanjat kelapa, rasanya takde pemenang. Hehe...gayat weh! Bayangkan orang mengambil upah memetik kelapa dengan cara memanjat sendiri pokok kelapa. Hebat tu...Harap ada rancangan TV seperti National Georgraphic buat liputan. Haha...



3 comments:

Athirah Zain said...

teringat time kecik2, main panjat kelapa..haha

Pokcik Blogger said...

payah nak cari batang kelapa yang codong macam ni...

Mizz Aiza said...

tak pernah panjat pokok kelapa.. pokok kekabu pernah panjat masa kecil dulu.. hehe..