expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 14, 2015

Kenapa Saya Menangis


"Orang lelaki menangis? Ehhh...malu lah". Biasa kita dengar ungkapan tu kan! Kenapa yer...adakah menangis tu untuk orang perempuan saja? Saya rasa sesiapa pun boleh dan berhak menangis. Cuma situasi dan tempat mungkin berbeza.

Orang perempuan ni kalau nak menangis bila-bila masa dan di mana-mana saja pun mereka boleh menangis. Berbeza dengan lelaki, susah nak tengok mereka menangis depan orang ramai. Tak macho la kan...Tubuh dah lah sado, takkan nak tangkap leleh pula.Hehe...Sado tu sado juga, tapi dalam hati ada taman!

Menangis bukan sebab sedih, kecewa, dilukai, ditinggalkan atau sewaktu dengannya. Malah menangis juga apabila kita terlalu gembira. Lihat saja berapa ramai ibu bapa menangis kegembiraan apabila melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran. Menangis tak cukup tisu dibuatnya melihat anak-anak berjaya menggenggam segulung ijazah.

Berbahagialah mereka yang dapat membuat ibu bapa menangis kegembiraan. Sebaliknya, ada juga ibu bapa menangis kerana anak-anak yang diharapkan membela mereka suatu hari nanti tidak menjadi 'orang'. Apa boleh buat....renungkan balik sebab Allah tidak kurniakan apa yang kita hajati itu.

Cukup terkesan melihat orang menangis apabila ditinggalkan kekasih. Atau perpisahan yang berlaku dalam sebuah perhubungan. Sedih sangat lah tu! Menagislah sepuas-puasnya.....mungkin itu caranya untuk melepaskan perasaan sedih. Tapi jangan menangis dalam jangka waktu yang lama pula sehingga boleh memudaratkan diri. Bangkitlah...mulakan hidup baru. Buat apa kita sedih-sedih...bukan boleh mengubah keadaan pun. Hidup perlu diteruskan!


No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.