Tuesday, November 10, 2015

Orang Kita : Kalau bersedekah...



Orang kita kalau pasal bersedekah...

1. Mesti nampak wang, tak kiralah ringgit ker, rupiah ker, dollar ker.. Satu lagi nak bersedekah mesti kena ada banyak wang atau kaya. Sebab itulah bagi yang kurang berduit sering memberi alasan tak mampu untuk bersedekah. Padahal bersedekah ni bukan dalam bentuk wang saja. Tenaga, buah fikiran dan senyum juga satu sedekah!

2. Suka sangat nak menunjuk apabila bersedekah. Kalau boleh, panggil semua stesen tv, surat khabar, majalah dan blogger supaya buat liputan. Masa inilah cek besar akan diserahkan. Pergilah mana-mana bank pun, cek besar tu bukannya laku pun.. Apapun, kita tengok sudut positif, mungkin mereka nak bagi contoh kepada orang lain supaya bersedekah juga.

3. Ada sesetengah orang nakkan balasan apabila bersedekah. Hari ini aku bagi sesuatu, esok harap-harap kau bagilah sesuatu juga! Macam ni nampak tak ikhlas jer kan. Itulah soal hati, kita mana tahu apa yang tersirat dalam hati orang yang bersedekah. Ada pendapat mengatakan... kalau orang itu mengatakan dia ikhlas memberikan sesuatu kepada kita, sebenarnya dia memang tidak ikhlas.

4. Tak memilih orang untuk bersedekah. Ini memang sikap orang kita yang pemurah. Kalau bulan puasa lagilah ramai yang suka berdekah. Ada yang mengambil kesempatan atas kebaikan orang kita. Beberapa kes peminta sedekah yang menyamar, juga sindiket yang menggunakan kanak-kanak sebagai peminta sedekah berjaya dikesan. Kalau macam ni...nak bersedekah pun kena berhati-hati..

5. Menanti apa hasil atau kesan bersedekah. Ada pendapat mengatakan lagi banyak memberi, lagi banyak kita dapat. Sebab tu ada juga yang ternanti-nanti kesan bersedekah. Konsep bersedekah yang sebenarnya mestilah ikhlas. Jadi tak perlulah menunggu hasilnya. Yakinlah dengan janji Tuhan, kalau bukan kita mendapat hasilnya, mungkin anak cucu kita nanti yang dapat merasa.

Bersedekah itu banyak kebaikannya...jom bersedekah.



2 comments:

Amie said...

Ikhlas... teringat maksudnya, melakukan sesuatu tanpa mengharapkan sebarang balasan.

aeinna Musa said...

allahuakbar..

minta dijauhkan dr sifat sebegitu