expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Saturday, November 21, 2015

Terima Kasih Prof Adi Fahrudin



Terharu betul baca status di FB daripada seorang kawan lama, sekarang sudah bergelar Prof. Beliau yang dimaksudkan ialah Prof Adi Fahhrudin dari Indonesia dan sekarang bertugas di sana. Prof Adi berada di USM Pulau Pinang sempena Upacara Konvokesyen USM. Semasa entri ini ditulis, saya percaya Prof Adi sudah kembali ke Indonesia. Maaf kerana tidak sempat bertemu.




Terima kasih juga kerana menjadi kawan saya semasa di USM Pulau Pinang dulu. Prof sangat baik dan sudi berkawan dengan pelajar bachelor macam saya biarpun pada ketika itu prof adalah pelajar master. Saya masih ingat, pernah juga minum kopi kiriman isteri prof dari Bandung. Hehe...




Maaf, gambar ini saya ambil dari FB Prof Adi 
Tahniah kerana sudah berjaya berada di puncak kerjaya dalam bidang Social Work.
Semoga terus berbakti kepada semua.




Satu-satunya gambar yang berada dalam koleksi saya. Masa ni kita bertemu semasa saya ke Kota Kinabalu dan prof menjadi pensyarah di UMS Sabah. Anak-anak prof masa tu pun masih kecil-kecil lagi. sekarang rasanya sudah dewasa dan hensem macam bapanya juga!




Terima kasih USM kerana menemukan kami. Semoga prof Adi terus maju jaya. Salam buat keluarga prof Adi. In Sha Allah kalau diizinkan, saya akan ke Bandung suatu hari nanti. Jumpa di sana!


1 comment:

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.