Sunday, December 20, 2015

Antara Lenovo Putih dan Acer Hitam


Rasa macam lama tak update blog..huhu..Ada sebabnya..Saya suka update blog guna PC Lenovo putih ni. Tiba-tiba PC ni buat hal pula tak boleh nak akses sebarang aplikasi. Hampir setahun guna Lenovo ni tak pernah pun buat hal sebelum ni. Silap saya juga sebab ada install satu program yang PC ni tak boleh support. Maka kena hantar ke kedai ler...



Kebetulan nak hantar ke kedai tu, saya bawa bersama PC Acer hitam saya ni...Kononnya nak tukar casing dan baiki masalah selalu restart. Guna 10 minit, restart sendiri...Saya hantar kedua-duanya ke sebuah kedai komputer berdekatan. Lebih seminggu tak dapat guna kedua-duanya..

Hari ni dapat panggilan dari kedai komputer, Kata technician, Lenovo putih saya tu tak boleh dibaiki..Mungkin rosak mother board.Hah? dalam RM400 juga kalau tukar tu...Macamana ni...Saya beritahu tak payah baiki la (sob...sob...sedihnya!). Acer hitam tu dah Ok katanya. Maka saya pun terus ke sana mengambilnya. 

Saya terus bawa Lenovo putih tu ke KB Mall, kedai tempat saya beli dulu. Techniciannya check...sekejap jer dah jumpa puncanya. Setting sikit....dalam 15 minit dah boleh guna semula...pulih seperti sedia kala...Alamak...bagusnya...Kedai pertama tadi seminggu tak boleh baiki...kedai kat KB Mall ni...sekejap jer beres.

Saya tanya berapa kena bayar...Tak perlu bayar, Terharunya saya..Dahlah tak perlu tinggal PC dan datang ambil hari lain. Siap baiki...percuma pula. Staf kat sana pun baik-baik belaka memberi layanan kepada pelanggan. Hmmm mesra pelanggan. Terima Kasih lah yer...Semoga perniagaan anda bertambah maju. Oh Ya..nama kedainya MASHIEONEY ENTRPRISE di Tingkat 3 KB Mall, Kota Bharu.

Masalah dengan Acer hitam ni pula.. Balik rumah berlaku lagi masalah yang sama...restart setiap 10 minit. Adussss...kata dah ok...macamana ni! Esok kena bawa ke kedai lain pula la..Nak bawa ke KB Mall tu rasa malas pula nak usung CPU ni! Tak apalah...Lenovo putih ni pun dah boleh guna...



No comments: