expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Friday, December 18, 2015

Jom Redeem Rewards daripada Astrocircle



Hujung tahun 2015 ni macam-macam tawaran dan hadiah percuma ditawarkan. Astro pun ada bagi free gift kepada pelanggannya. Tak tahu pula tahun-tahun sebelum ni ada ker tidak. Saya pun first time juga dapat tawaran ni. Itu pun tak perasan...sebab tak buka email.  Rupa-rupanya dah seminggu email daripada Astro kepada saya.  Dalam email tu  dinyatakan point yang terkumpul dan ada link ke astrocircle, di mana kita boleh tebus atau redeem free gift tu!



Oh ya...nak masuk tu kena ada ID dulu. Saya dah lama ada ID Astro ni. Bagi yang belum ada, buat jer...sekejap jer tu! Dah masuk tu...boleh tengoklah hadiah-hadiah yang ditawarkan mengikut jumlah point yang kita dapat. Lagi banyak point, maka lagi besarlah nilai hadiah tu. Tapi kan...sebab dah lewat respon email tu maka free gift yang saya nak dalam katalog tu dah pun habis. Huhu..Maka kena ambil jer mana yang ada lagi. Tak apalah...Apa yang saya pilih? Rahsia...tunggu.. dah sampai nanti, saya buat entri pasalnya.



Free gift ni akan dihantar ke alamat yang kita beri tu selepas 2 minggu. Hmmm tahun depan la baru sampai kot. Haha,..lama betul. Bagi yang redeem awal tu, mungkin ada yang dah sampai kot.. Terima kasih kepada pihak Astro atas pemberian ini. Biarpun nampak kecil, tapi sekurang-kurangnya ada juga cenderahati buat pelanggan setia. Hmmm sempena nak sambut tahun baru ni  bagus juga kalau ada siaran free untuk semua channel.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan komen di blog KM7. Sila tinggalkan link blog anda untuk tukar link bloglist. Terima kasih, sila datang lagi.